07 JAN – Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri 2025 telah diadakan di Bilik Kuliah, aras 12, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Menara Kinabalu hari ini.
Majlis dihadiri seramai 250 kakitangan JPAN dari semua bahagian.
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Aidah binti Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam; Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi; Tuan Rozhan Zul Asri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen; Dr. Cleopatra @ Claire Asing, Pengarah Bahagian Institut Latihan Sektor Awam Negeri; Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital; Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat; Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti; Puan Mary Paul Mijong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; dan Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.


