Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘫𝘶 𝘗𝘦𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘯𝘵𝘢𝘶𝘢𝘯 𝘈𝘳𝘢𝘴 𝘛𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘋𝘪 𝘎𝘶𝘯𝘶𝘯𝘨 𝘒𝘪𝘯𝘢𝘣𝘢𝘭𝘶 𝘚𝘪𝘳𝘪 1/2025

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

16 JAN - Majlis Penyerahan Bendera dan Baju Peserta Pemantauan Aras Tinggi Di Gunung Kinabalu Siri 1/2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), aras 14, semalam.

Disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, majlis tersebut dihadiri oleh Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Presiden Kelab REKA serta ahli majlis tertinggi.

Objektif penyerahan bendera dan baju ialah untuk memberi semangat dan galakan kepada peserta program, sebagai usaha REKA untuk menjadikan warga JPAN sihat fizikal dan mental dan merupakan program pertama anjuran kelab REKA bagi tahun 2025.

Untuk makluman, program tersebut akan berlangsung pada 23 sehingga 25 Januari 2025 bertempat di Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Kundasang dan akan disertai seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JPAN.

Turut hadir, Puan Hajah Junaidah binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Aidah binti Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Tuan Rozhan Zul Asri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta Tuan Haji Nordin bin Lossin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain