17 JAN - Bengkel Penyediaan dan Bengkel Kesedaran IMS QMS MSISO 9001:2015 dan MSISO 370012016: anjuran Bahagian Governan dan Korporat (GnK) telah berlangsung dengan jayanya.
Bertempat di Bilik Kuliah, aras 12, JPANS, bengkel tersebut diadakan selama dua hari bermula 14 sehingga 15 Januari 2025 melibatkan PIC (Pengawal Dokumen) daripada setiap bahagian dan juga semua Pengurusan Atasan Jabatan pada hari akhir bengkel.
Penganjuran bengkel ini secara langsung menandakan permulaan gerak kerja bagi mendapatkan pensijilan IMS di JPANS yang mana ianya telah melengkapkan PIC bahagian masing-masing dengan kesedaran dan pengetahuan diperlukan bagi tujuan tersebut.
Selain daripada PIC Bahagian yang telah dicalonkan turut hadir adalah YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Tuan Rozhan Zul Azri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Menariknya penglibatan kesemua Pengurusan Atasan Jabatan khususnya YBhg. Datuk KPPAN semasa bengkel ini turut menunjukkan kesungguhan, komitmen serta sokongan jitu bagi memastikan pensijilan ini dapat direalisasikan pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.


