Kunjungan diketuai oleh Datuk Mohd Ali B Mansor, Ketua Pengarah IKMa bersama tujuh pegawai yang lain adalah bertujuan untuk memberi pengenalan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dan saranan tajaan biasiswa pelajar di Sabah untuk mengikuti pengajian di UKKM yang disampaikan oleh ahli lembaga UKKM, Dato' Prof Dr Azali bin Mohamed.
IKMa merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kopoerasi yang telah menubuhkan UKKM dengan program bermula daripada peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah sejak Mac 2023.
Turut hadir, Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan pegawai-pegawai dari BKNS.
Sekian, terima kasih.


