Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘖𝘳𝘪𝘦𝘯𝘵𝘢𝘴𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘜𝘱-𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘦-𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘳𝘪 2 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2024/2025

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

17 JAN - Sebagai satu langkah pengukuhan profesionalisme penjawat awam Negeri secara berterusan, JPANS telah meneruskan usaha kolaborasi bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan pelaksanaan Program Orientasi Perkhidmatan Up-Skilling dan Re-Skilling Pegawai Pembangunan Siri 2 Tahun 2024/2025.

Program kali ini, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) telah memberikan tumpuan kepada pemantapan kerjaya 70 peserta terdiri daripada Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah Kecil dan Penolong Pegawai Daerah Pembangunan serta Penolong Jurutera.

Program selama tiga hari bermula 14 sehingga 16 Januari 2025 (Selesa-Khamis) telah berlangsung di Dewan Rafflesia, KPLBS adalah sebagai persiapan rapi pentadbiran peringkat daerah sebelum pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13). Selain itu, program turut menyasarkan usaha untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran daerah dalam pengurusan projek fizikal, pembangunan sosio-ekonomi rakyat, menjalankan peranan sebagai majistret kelas II serta usaha untuk mensejahterakan masyarakat luar bandar.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri pada 14 Januari 2025 (selasa) yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Norlijah Haji Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Tuan Haji Suhaib bin Datuk Haji Ismail, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain