7 FEB- YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Sabah ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah diadakan pada 6 Februari 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JPA, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertujuan untuk membincangkan hal ehwal berkaitan perkhidmatan awam di Negeri Sabah dan Sarawak serta menjadi platform kerjasama strategik dalam memperkasa Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri Sabah Sarawak.
Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Sabah dalam perbincangan tersebut ialah Puan Hajah Junaidah binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, JPANS, Puan Suzumaidah Haji Hussain, Timbalan Peguam Besar Negeri dan Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPANS.


