Kandungan sedang dimuatkan...

𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘈𝘳𝘢𝘴 𝘬𝘦 𝘗𝘦𝘫𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘑𝘰𝘩𝘰𝘳 𝘉𝘢𝘩𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘒𝘶𝘭𝘢𝘪 (𝘔𝘗𝘒𝘶)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

11 FEB - YBhg. Datuk Zainudin Bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah diiringi YBhg. Datuk Norlijah Binti Haji Danin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah mengetuai delegasi melaksanakan Lawatan Kerja Penanda Aras ke Pejabat Daerah Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) pada 7 sehingga 8 Februari, lepas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan input berkaitan dengan penerapan fungsi dan peranan yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru dan MPKu.

Sesi perkongsian idea serta perbincangan telah disampaikan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru dan MPKu selain dibawa melawat di sekitar Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar bagi melihat sendiri proses pembuatan kain benang Johor, menyaksikan persembahan artis Budaya Yayasan Warisan Johor, menyusuri Sungai Pulai bersama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan Pelabuhan Tg. Pelepas (PTP) serta lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Delegasi YBhg. Datuk telah disambut oleh Pegawai Daerah Johor Bahru Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Hajah Farhana binti Abdul Majid, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Encik Mohd Nurulamin bin Abd Rahman dan Setiausaha MPKu, Tuan Ts. Azmee bin Awang.
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Pejabat Daerah Johor Bahru, Pengarah Yayasan Warisan Johor, dan Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan atas layanan istimewa sepanjang lawatan berkenaan.

Turut hadir, Puan Hajah Junaidah binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Encik Norsafi bin Dukah @ Noorshafih TSUT KPLB, Pegawai Daerah Papar, Encik Muhammad bin Hj. Mohd Ali, Penolong Pegawai Daerah Matunggong, Encik Marck @ Hassan bin Libau dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain