Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘉𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘈𝘩𝘭𝘪-𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘗𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 (𝘔𝘗𝘚)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, dan Salam Sabah Maju Jaya

12 FEB - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menerima kunjungan dan lawatan sambil belajar dari Ahli-Ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Jabatan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Bilik Mesyuarat Utama JPANS, aras 14, Menara Kinabalu pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Farizal bin Setoh, Timbalan Presiden MPS ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu bagi kaedah-kaedah yang digunapakai dalam pengurusan Mesyuarat MBJ.

Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); Puan Aidah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital; Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain