Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘈𝘮𝘢𝘯𝘢𝘵 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 2025 𝘠𝘈𝘉 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘥𝘪 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

20 FEB - Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Ketua Menteri Sabah Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Amanat Ketua Menteri Sabah Tahun 2025.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain