20 FEB - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan Pejabat Dewan Undangan Negeri telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Watikah Pelantikan Petugas Tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Tahun 2025-2027 bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah.
Perasmian majlis serta penyampaian sijil dan plak penghargaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah kepada 120 petugas tambahan terdiri daripada editor, sub-editor, pelapor, bentara serta 17 agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta yang terlibat sepanjang persidangan DUN yang ke-16.
Majlis yang berlangsung pada 18 Februari 2025 (Selasa) itu turut dihadiri oleh YB Datuk Richard Yong We Kong, Timbalan Speaker DUN, YB Brig Jeneral Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker DUN, YB Datuk Abidin bin Madingkir, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN), Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPANS, Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPANS dan Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha DUN.
Dalam majlis yang sama juga, YBhg. Datuk KPPAN telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada 108 petugas tambahan untuk sesi 2025-2027.
Sekian, terima kasih


