26 FEB - Sesi Taklimat Penajaan Pendidikan Pelajar Sabah dan Sarawak telah berlangsung pada 25 Februari, semalam.
Bertempat di Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya, program tersebut bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai tajaan pendidikan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, Government Linked Company dan badan korporat.
Antara pengisian program termasuklah sesi taklimat dan sesi soal jawab daripada agensi-agensi berkenaan:
1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
4. Yayasan Khazanah
5. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Tetamu kehormat yang hadir semasa program tersebut berlangsung ialah YBhg. Datuk Toisin Gantor (JUSA A), Pengerusi sesi Taklimat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datu Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak, Puan Dayangku Fazidah Hatun Pg.Bagul, Timbalan Peguam Besar Negeri Sabah serta Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) beserta seorang pegawai.
Sekian terima kasih.


