Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘦𝘴𝘺𝘶𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘚𝘶𝘣 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 5 (𝘚𝘊5) 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 1/2025 𝘥𝘪𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘩𝘭𝘪 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘗𝘌𝘛𝘙𝘖𝘕𝘈𝘚

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

26 FEB - Mesyuarat Sub Committee 5 (SC5) bilangan 1/2025 diantara ahli Kerajaan Negeri Sabah dengan PETRONAS yang dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Encik Ruslan Halim Islahudin, Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS telah berlangsung pada 25 Februari 2025 di Aras 43, Menara 2, KLCC, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang tersebut turut dihadiri oleh tiga orang wakil ahli yang masing-masing dari KKRS, KSTI dan PHEDNP di pihak Kerajaan Negeri Sabah dan lima orang ahli dari pihak PETRONAS bersama dua orang Urus Setia di pihak Kerajaan Negeri Sabah dan tiga orang dari pihak PETRONAS.

Mesyuarat yang berlangsung sekitar dua setengah jam tersebut telah membincangkan pelbagai isu berbangkit dan baharu serta pembentangan pencapaian program di bawah SC5 sepanjang tahun 2024.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain