27 FEB - Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025 telah diadakan di Auditorium Utama, Aras 4, Menara Kinabalu hari ini.
Ucapan amanat yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, itu dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan warga perkhidmatan awam selain bersiaran secara langsung di sesawang Youtube rasmi Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir pada majlis itu, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Bertemakan "Revolutionizing Service Delivery With AI: Unlocking Efficiency and Excellence", YB SKN berkata yang penjawat awam seharusnya menerapkan penyampaian perkhidmatan yang cekap, inklusif dan berdaya tahan menerusi tiga (3) tonggak utama iaitu integriti, good governance dan artificial intelligence (AI).
"Dalam sektor Kerajaan, A.I menawarkan potensi transformasi, membolehkan pembuatan keputusan lebih cerdas, menjimatkan kos, serta penyampaian perkhidmatan menjadi lebih baik. Mengintegrasikan A.I dalam operasi Kerajaan boleh merangsang inovasi dipelbagai sektor ekonomi, termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan industri. Ini akan membantu meningkatkan daya saing negara dalam era digital selari dasar Kerajaan Persekutuan yang terkini, iaitu A.I untuk rakyat" katanya.
Menurut YB SKN, Kerajaan Negeri telah merangka Sabah Digital Government Innovation (SDGI) sebagai pelan induk inovasi untuk melaksanakan transformasi kerajaan digital dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap. Menerusi pelan ini, pengadaptasian A.I dengan mewujudkan Chatbots dan Virtual Assistants untuk menerima public inquiry,
Sabah Super App, A.I Dashboards, Digital Government Scorecard dan sebagainya merupakan inisiatif yang terbaik untuk memastikan Perkhidmatan Awam Negeri berada di landasan yang tepat ke arah matlamat Sabah Digital Government.
YB SKN juga menyeru pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan A.I dalam tugasan rasmi bagi meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan
Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.


