28 FEB - Program Ceramah Ketibaan Bulan Ramadhan 1446H anjuran Persatuan Badan Kebajikan Islam (PBKI) JPAN berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Kuliah Aras 12, Menara Kinabalu, tadi.
Program ini telah dimanfaatkan oleh seramai sekitar 100 orang kakitangan JPAN sebagai ulangkaji dan persiapan menyambut ketibaan bulan Ramadhan 1446H.
Majlis dimulakan dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Al-Fadhil Muhamad Umar bin Jiman, Naib Johan Tilawah Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1446H/2025M dan seterusnya, ceramah serta sesi soal jawab disampaikan oleh Sahibus Fadhilah Ustaz Abd. Razak bin Hamdin, Timbalan Mufti Negeri Sabah.
Turut hadir mengimarahkan majlis, Puan Hajah Junaidah binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Puan Aidah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang turut menyerahkan cenderamata penghargaan kepada penceramah dan Qari jemputan.
Sekian, terima kasih.


