Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘓𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘸𝘶𝘫𝘶𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘗𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘗𝘉𝘛) 𝘢𝘯𝘫𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 (𝘒𝘒𝘛𝘗)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

14 JUL - Sesi Libat Urus berkenaan dengan pewujudan jawatan tetap di empat buah Pihak Berkuasa Tempatan Sabah (PBT) anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Grandis, Kota Kinabalu pada 12 Julai 2025.

Tujuan Libat Urus ini diadakan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) untuk membantu empat buah PBT dalam penyediaan kertas cadangan pewujudan jawatan tetap yang melibatkan Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Telupid, Majlis Daerah Pitas dan Majlis Daerah Tongod.

Pembentangan kertas cadangan telah dibuat oleh pegawai-pegawai eksekutif dari empat PBT terlibat. Pandangan dan cadangan penambahbaikan telah dibuat secara bersama oleh pihak BPO dan KKTP.

Sesi Libat Urus ini telah dihadiri oleh Puan Nekmah Abdullah Pengarah BPO beserta pegawai-pegawai kanan. Manakala KKTP diwakili oleh Puan Faridah Giau, Timbalan Setiausaha Tetap (II) dan pegawai-pegawai kanan KKTP. Turut sama hadir ialah pegawai-pegawai eksekutif Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Telupid, Majlis Daerah Pitas dan Majlis Daerah Tongod dan beberapa pegawai PBT.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain