18 JUL – Bahagian Pembangunan Kapasiti telah menganjurkan Program Akreditasi Mental Health First Aid pada 14 sehingga 15 Julai, lepas bertempat di Hyatt Regency, Kota Kinabalu.
Program yang berlangsung dengan jayanya ini bertujuan untuk memberi latihan, pentauliahan, kemahiran dan pengetahuan kepada pegawai dalam memberikan pertolongan cemas melibatkan krisis kesihatan mental kepada penjawat awam dan masyarakat luar yang terjejas.
Dihadiri seramai 20 orang pegawai terdiri daripada Gred 1 hingga Gred 12 dalam kalangan Pegawai Psikologi, Pengurus Sumber Manusia, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Tadbir yang memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang Psikologi, memiliki kelayakan profesional Kaunselor Berdaftar; Perakuan Amalan (KB;PA) daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk memberikan perkhidmatan kaunseling kepada klien, ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan mereka yang boleh memberikan komitmen tinggi dalam menyediakan pertolongan cemas krisis kesihatan mental kepada orang yang memerlukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja terutamanya di tempat kerja.
Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Puan Celestina Aron, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Turut hadir, Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dan Puan Najwani Razali, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (Merangkap Penceramah Program Akreditasi Mental Health First Aid).
Sekian, terima kasih.


