21 JUL - Bahagian Perkhidmatan Awam, JPAN telah menganjurkan Program Onboarding Perkhidmatan Awam Tahun 2025 dengan jayanya pada 18-19 Julai 2025. Program dihadiri seramai 125 orang Pegawai lantikan baharu tahun 2024 dan 2025 yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Kumpulan Pelaksana.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pengenalan dan kefahaman tentang profesionalisme penjawat awam negeri Sabah kepada pegawai-pegawai lantikan baharu. Majlis turut dihadiri dan dirasmikan oleh YBhg Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri sekaligus menyampaikan amanat kepada semua peserta yang hadir. Turut hadir Puan Aidah Hj Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).
Program hari pertama diadakan di Bilik Kuliah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Menara Kinabalu. Program ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengenai penerapan nilai-nilai murni yang memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta untuk memahami dan meningkatkan nilai budaya kerja cemerlang.
Selain itu, program ini juga turut diisi dengan kursus budaya kerja berpasukan dan jati diri (teambuilding) yang telah diadakan di Beringgis Beach & Resort, Papar bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang mahir, kreatif, berinovasi, berdaya saing dan peka dengan keperluan jabatan/kementerian selain memupuk semangat jatidiri dan kerjasama.
Sekian, terima kasih.


