28 JUL – Majlis Makan Malam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia telah berlangsung dengan jayanya, semalam, bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Majlis makan malam ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan baik antara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Dan Sarawak Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2025.
Turut hadir, YBhg. Datuk Branndon Kieth Soh, Peguam Besar Negeri, YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Puan Sharifah Rohana binti Datu Wan Alwi, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak, YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Mastina Ibnu Hassan, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah dan Puan Aidah Hj Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).
Sekian, terima kasih.


