Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘦𝘴𝘺𝘶𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘑𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘉𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘛𝘪𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 1963 (𝘔𝘛𝘗𝘔𝘈63)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

28 JUL - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Sarawak di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) menjadi ruang kerjasama strategi memperkasa Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah terus memainkan peranan dalam memperkasakan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam di Sabah secara berterusan menerusi perbincangan, kolaborasi dan kerjasama strategik dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Dan Sarawak Di Bawah Majlis Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pelbagai persetujuan dan persefahaman telah dicapai termasuk berkaitan borneonisasi perkhidmatan awam, perjawatan dan pembangunan sumber manusia masa hadapan.

Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung pada hari ini 28 Julai 2025, bertempat di Menara Kinabalu dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri mewakili YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut hadir mewakili delegasi Kerajaan Sarawak adalah Yang Berbahagia Datu John Wayne Ak Chamberlin Sirau, Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi persekutuan, Negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli tetap mesyuarat.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain