Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢, 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘦𝘮𝘪𝘦𝘳 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

31 JUL – Bahagian Saraan dan Pencen telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak, tadi.

Objektif lawatan ini dilaksanakan bagi memberi peluang untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negeri dan memberi manfaat kepada sektor perkhidmatan awam di samping berkongsi pandangan serta idea baharu termasuk penambahbaikan yang boleh dilakukan di kedua-dua agensi.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), aras 14, sesi tersebut turut dihadiri oleh, Puan Aidah Hj. Awang Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Encik Rozhan Zul Azri bin Talikop.

Semoga sesi lawatan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama, perkongsian pintar serta inisiatif bersama pada masa hadapan demi memartabatkan sistem perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain