Kandungan sedang dimuatkan...

๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ-29 ๐˜›๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฏ 2025

Tema: โ€œAI dan Persona Diri: Kemandirian di Era Infodemikโ€
Tarikh & Tempat: 29 โ€“ 30 September 2025, Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur

Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke-29 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 hingga 30 September 2025 dan dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Persidangan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini menghimpunkan lebih 1,000 pegawai psikologi dari seluruh negara bagi membincangkan isu kesejahteraan psikologi dan cabaran kemandirian insan dalam era teknologi dan infodemik.
Tema โ€œAI dan Persona Diri: Kemandirian di Era Infodemikโ€ menggariskan kepentingan keseimbangan antara kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan nilai kemanusiaan dalam perkhidmatan awam.

Persidangan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, sebagai tetamu hormat, diiringi oleh Puan Maznah binti Mohd Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, bersama Puan Azlaily binti Jufri, Pegawai Psikologi, yang turut menghadiri persidangan tersebut. Encik Adeymend Reny Japil, Pegawai Psikologi, bertugas sebagai urusetia dan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan acara berprestij ini.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai sesi ilmiah seperti wacana minda, forum akademik, dan podcast interaktif bersama pakar psikologi, tokoh media, serta pempengaruh sosial telah dijalankan. Malam 29 September turut diserikan dengan Konsert Simfoni Suara Hati, yang menjadi simbolik kepada empati dan solidariti melalui seni persembahan yang menyatukan elemen emosi, kreativiti dan kesejahteraan insan. Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah Kecemerlangan Psikologi dan pelancaran Buku Kompendium Rekomendasi Polisi Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam sebagai dokumen strategik memperkukuh dasar kesejahteraan psikologi penjawat awam.

Persidangan ini menegaskan bahawa kecerdasan buatan bukanlah pengganti manusia, sebaliknya pelengkap kepada pemikiran empatik, berintegriti, dan berperikemanusiaan. Melalui platform ini, pegawai psikologi seluruh negara terus komited untuk membina kesejahteraan insan dan memperkukuh daya tahan penjawat awam sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain