Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Skim Saraan Malaysia (SSM)

Skim perkhidmatan yang terlibat dengan pelaksanaan opsyen di bawah pekeliling adalah seperti berikut:

a. Skim perkhidmatan yang menetapkan kelayakan masuk yang lebih tinggi (memiliki kelayakan STPM / Sijil Politeknik / Sijil STPM / diploma berkaitan) pada tarikh kuat kuasa pekeliling:

1) Pemeriksa Kereta Motor
2) Pembantu Geosains
3) Pembantu Ehwal Ekonomi
4) Juruteknik Komputer
5) Penguasa Bekalan Air
6) Merinyu Tali Air
7) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional (Bersepadu)
8) Pembantu Pemeriksaan Kilang dan Jentera
9) Jurubahasa
10) Pembantu Penerbitan
11) Pembantu Penyedia Makanan
12) Pembantu Penyelidik
13) Pembantu Juruaudit
14) Pembantu Akauntan
15) Pembantu Tadbir (Kewangan)
16) Pembantu Penilaian

 

b. Skim perkhidmatan yang dijumudkan

1) Pembantu Meteorologi
2) Pengajar Kraf
3) Pengajar Membalak
4) Peniup Kaca
5) Penyelia Jurupakaian
6) Penolong Operator Kamera
7) Jurulatih Kawad

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Urusan pertukaran pelantikan bagi skim-skim yang terlibat adalah secara one-off. Mereka yang telah memiliki kelayakan yang ditetapkan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) sahaja akan ditawarkan opsyen tukar lantik.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Tidak perlu. JPA akan memohon perwakilan kuasa daripada SPA bagi Agensi Persekutuan. Bagi jabatan di bawah perkhidmatan negeri, badan berkanun, PBT, kaedah akan ditentukan oleh PBM masing-masing.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan kontrak dan sementara. Gaji pegawai akan diselaraskan berdasarkan JGMM baharu.

Perkhidmatan pegawai kontrak/sementara tersebut boleh diteruskan sehingga tamat tempoh yang berkuat kuasa. Urusan pelantikan semula (jika ada), pegawai berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Tidak. Opsyen pertukaran pelantikan hanya ditawarkan kepada pegawai yang memiliki kelayakan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) dalam skim perkhidmatan yang ditawarkan sahaja.

Bagi pegawai yang memperolehi kelayakan berkaitan selepas tarikh kuasa pekeliling, permohonan pelantikan ke sesuatu jawatan hendaklah dibuat melalui permohonan baharu.

 

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Tidak. Tawaran opsyen hanya diberikan kepada pegawai yang:

1. Memiliki kelayakan STPM / sijil politeknik / sijil setaraf STPM / diploma bagi 16 skim perkhidmatan yang berkenaan.

2. Berada dalam tujuh 7 skim perkhidmatan yang dijumudkan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016)

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Urusan pertukaran pelantikan hanya melibatkan pegwai-pegawai yang mempunyai kelayakan masuk lebih tinggi (STPM / sijil politeknik / sijil setaraf STPM / diploma berkaitan) bagi skim perkhidmatan pada 1 Julai 2016 dan skim-skim perkhidmatan yang dijumudkan sahaja.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pilihan umur bersara wajib adalah muktamad berdasarkan kepada opsyen sedia ada. Tawaran berdasarkan kepada opsyen sedia ada. Tawaran pertukaran pelantikan hanya akan diberikan kepada pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016).

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pegawai Tertakluk Tindakan Tatatertib

Tindakan tatatertib perlu dilaksanakan dengan segera sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling. Urus setia LTT hendaklah memastikan Lembaga menimbang jenis hukuman yang bersesuaian dengan pegawai yang ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi.

Hukuman tatertib yang dikenakan tersebut perlu dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan:

  1. Jika hukuman turun pangkat dijatuhkan sebelum kuat kuasa pekeliling, hukuman berkenaan berkuatkuasa pada gred jawatan dalam kumpulan perkhidmatan yang berkenaan sahaja.
  2. Jika hukuman tatatertib dijatuhkan pada atau selepas kuat kuasa pekeliling, hukuman berkenaan berkuatkuasa pada gred jawatan yang ditukar lantik.
by Afendy Suraip
Was this helpful?

Ketua Jabatan boleh menawarkan surat tawaran opsyen apabila pegawai kembali bertugas tertakluk pegawai memnuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikenakan tindakan tatatertib buang kerja. Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikannya adalah pada tarikh pegawai itu kembali hadir bertugas.

Bagi pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan yang dijumudkan, pegawai akan kekal di skim perkhidmatan adalah secara KUP sehingga pegawai ditukar lantik.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat akan berkuatkuasa mulai tarikh hukuman dijatuhkan. Tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat tersebut kekal dan bertertusan selepas tarikh kuat kuasa pekeliling sehingga tempoh berkenaan tamat.

 

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Urusan Kenaikan Pangkat

Pegawai dibenarkan memilih untuk menunggu kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) terlebih dahulu sebelum ditukar lantik ke gred jawatan tukar lantik.

Tempoh untuk menunggu Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) adalah ditentukan oleh pegawai.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pegawai boleh terus memohon tukar lantik selepas tidak berjaya Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) atau membuat rayuan untuk pertimbangan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Tarikh kuat kuasa tukar lantik adalah pada tarikh yang diluluskan oleh Ketua Jabatan.

by Afendy Suraip
Was this helpful?
  1. Kekananan pegawai yang ditukar lantik dikira mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan.
  2. Walau bagaimanapun, bagi tujuan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi selepas ditukar lantik, urus setia LKP hendaklah memastikan susunan pegawai adalah berdasarkan kekananan di gred sebelum tukar lantik dan memberikan keutamaan kepada pegawai yang lebih kanan.
by Afendy Suraip
Was this helpful?

Ya. Tempoh perkhidmatan pegawai di Gred 17 yang dipinda ke Gred 19 atau Gred 27 yang dipinda ke Gred 29 akan diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat secara TBBK tertakluk kepada memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan di jawatan tukar lantik.

Urusan TBBK ini hanya terpakai kepada pegawai yang ditukar lantik ke gred lantikan sahaja. Bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat, urusan ke gred yang berikutnya adalah melalui urusan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Semua urusan kenaikan pangkat hendaklah diselesaikan sebelum tawaran opsyen dikeluarkan.

Pegawai yang sedang memangku dan memenuhi syarat kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan boleh dikecualikan syarat tempoh pemangkuan dan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Meninggalkan Perkhidmatan

  1. Pegawai yang bersara pada atau sebelum kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) tidak layak ditawarkan opsyen.
  2. Pegawai yang memilih persaraan pilihan [ada atau seblum tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) dibenarkan untuk menarik balik persaraan pilihan.
  3. Pegwai yang meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) tidak layak menerima opsyen.
  4. Pegawai sedang berkhidmat yang terlibat dengan urusan tukar lantik tetapi meninggal dunia pada tarikh kuat kuasa peekeliling (1 Julai 2016) disifatkan menerima opsyen tukar lantik.
by Afendy Suraip
Was this helpful?

Hal Ehwal Perkhidmatan

Kelayakan cuti rehat adalah berdasarkan kepada kadar di jawatan asal atau jawatan yang ditukar lanti, yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi (PP1/2015).

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pegawai akan ditawarkan gaji permulaan di jawatan tukar lantik seperti berikut:

1. Pada amaun gaji minimum di gred jawatan tukar lantik sekiranya gaji baharu di JGMM baharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda adalah sama atau rendah daripada gaji minimum di gred jawatan tukar lantik; atau

2. Pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji baharu di JGMM baharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda jika gaji baharu tersebut lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan tukar lantik; atau

3. Pada amaun gaji permulaan kelayakan masuk yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagiu pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji baharu di JGMM abaharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda adalah rendah daripada gaji permulaan di gred jawatan tukar lantik tersebut.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Terakluk kepada kaedah pemindahan gaji, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahun 2017 dan seterusnya bagi pegawai yang terlibat dengan urusan pertukaran pelantikan adalah dikekalkan.

 

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pelantikan

Jika tarikh lapor diri pegawai adalah sebelum kuat kuasa pekeliling, Surat tawaran yang telah dikeluarkan atas skim dijumudkan masih sah dan pegawai layak ditawarkan opsyen (Perenggan 35, PP1/2016).

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Surat tawaran yang telah dikeluarkan atas skim / gred lama adalah masih sah. Pegawai yang mempunayi kelayakan akan ditawarkan opsyen (Perenggan 45, PP1/20156) dan tawaran kepada pegawai yang tidak mempunyai kelayakan akan kekal di skim / gred lama.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Jika tarikh lapor diri adalah pada atau selepas tarikh kuat kuasa pekeliling, Surat tawaran yang telah dikeluarkan terbatal dan pegawai akan diberikan tawaran semula berdasarkan skim baru yang berkuatkuasa.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Jika tarikh lapor diri adalah pada atau selepas tarikh kuat kuasa pekeliling, Surat tawaran yang telah dikeluarkan terbatal dan pegawai akan diberikan tawaran semula berdasarkan skim baru yang berkuatkuaa (pegawai dengan kelayakan SPM). Pegawai yang mempunyai kelayakan STPM / sijil politeknik / diploma, agensi perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA untuk pindaan waran perjawatan berdasarkan gred 29.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Penanggungan Kerja

Perubahan gred (contoh: gred 17 ke 19) atau Perubahan kod gaji (contoh:W22 ke WK22)

Kelulusan tanggung kerja kekal

  1. Kadar elaun tanggung kerja diselaraskan berdasarkan jumlah gaji minimum gred jawatan yang dipinda (gred terlibat: 11, 13 dan 19)
  2. Tiada perubahan.
by Afendy Suraip
Was this helpful?

Kelulusan tanggung kerja sedia kekal sehingga tamat tempoh kelulusan. Pelanjutan tanggung kerja tertakluk kepada mematuhi syarat-syarat tanggung kerja di bawah pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain