Soalan Lazim

Apakah kadar kelayakan cuti rehat tahunan baharu?

Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 yang berikut:

Tarikh Lantikan Pertama / Baharu Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan **Genap 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan
Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-54 Pengurusan Tertinggi Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-54 Pengurusan Tertinggi
Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari
Mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 hari 30 hari
Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari

Kelayakan ini diberi selaras dengan Peraturan 144(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPPANS 2008).

Kesan Pelaksanaan:
Dengan berkuatkuasanya kadar cuti baharu ini, opsyen dan pemakaian kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di bawah PP Bil.14/2008 (Surat edaran Ruj: JPAN 700-1/110/1 Klt.9/(195) bertarikh 6 Januari 2009) adalah terhenti berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.
oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Aplikasi Digital Warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Aplikasi kerajaan digital untuk kegunaan warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Daftar Masuk Portal JPANS

Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah