Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Perumahan Kerajaan

Topik ini mengetengahkan isu-isu berkaitan kemudahan-kemudahan berkaitan perumahan yang boleh menjadi rujukan bagi pihak yang mengendalikan, menghuni, mengurus dan terlibat dengannya. Keputusan-keputusan adalah berdasarkan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa dan diguna pakai kecuali dinyatakan sebaliknya. Para pengguna hendaklah membaca dengan teliti dan memahami setiap tafsiran yang telah dikemukakan untuk memastikan keputusan dan tindakan yang bakal diambil adalah tepat dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Kadar Sewa Ekonomi

Topik ini membincangkan hal berkaitan penetapan kadar sewa ekonomi kuarters pegawai kumpulan I, II, III, dan IV
Berdasarkan Surat Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2009 Bil. JBNS(A)200-1/241 KLT.6/(1) dan Surat Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2012 Bil. JBNS: JBNS(A)200-1/241 KLT.6/(2) yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah, kadar sewa ekonomi ke atas kuarters pegawai kerajaan Negeri yang diduduki oleh pegawai-pegawai persekutuan adalah seperti berikut:

Jenis Kuarters Pegawai Kadar Sewa Ekonomi
Kuarters Pegawai Kumpulan I dan Jawatan Khas RM 1,000.00 sebulan
Kuarters Pegawai Kumpulan II RM 500.00 sebulan
Kuarters Pegawai Kumpulan III RM 350.00 sebulan
Kuarters Pegawai Kumpulan IV RM 250.00 sebulan
oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah