Pembekalan Alat-Alat Perubatan dan Kemudahan Perubatan bagi Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam Negeri

Alat-alat perubatan dan kemudahan perubatan yang layak dibekalkan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Negeri yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah seperti berikut:
  1. Kerusi Roda;
  2. Alat Bantuan Pendengaran;
  3. Alat Rawatan Jantung;
  4. Alat Bantuan Pernafasan;
  5. Koklea Implan;
  6. Colostomy Bag;
  7. Urine Bag;
  8. Intraocular Lens; dan
  9. Semua ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital kerajaan terutamanya ubat kanser.



pada Jumaat Julai 28 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah Tahun 2008 Bahagian VII, (PPPANS 2008) menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Negeri yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan. Kerajaan juga bersetuju supaya beberapa kemudahan rawatan perubatan tertentu yang diperuntukkan kepada pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah (legal parents).
pada Jumaat Julai 28 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?